Sunday, September 28, 2008

My mind imprison'd keep;

I am uninspired. I feel lost and without a cause. I have things to say but can't muster enough effort. I thought I care about a lot of things, but maybe in honesty I just don't, and I don't realize it. Cos it feels like another me is taking over again, while I watch from the sidelines.

Maybe later. Maybe soon. Maybe never.

Friday, September 26, 2008

In a rut, out of sorts

I was feeling out of sorts earlier yesterday, so after sending #5 to school, I went on to waste some time on my own. I spent almost 2 hours in MPH alone, reading magazines and a book called "Who Speaks for Islam?" which is actually a good read. I only read some parts and in excerpts. It seeks to clarify the incongruences between the Muslim world and the Western world, by conducting a worldwide research by means of survey and observations of a billion Muslims. The thoughts and words expressed in here are nothing WE, don't already know, but it would still be a great read for us to see how Muslims in other countries perceive things and events.

Not surprisingly, this book will prove to be a shocking revelation to the average ignorant Westerners whose source of information have been proven to be biased, fed to them by the media that seeks to justify their leader's crusade to "save" the Muslim nations from so-called oppression by imposing their flawed values in the name of bringing democracy and progression in THEIR terms. It broadens perspective, and finally brings to light an almost accurate view and representation of the Muslim population in general. I especially enjoyed the What Women Want chapter, THAT would shove some hard facts to them feminist whose adamant on putting a "victim" label on Muslim women who chose to be decent.

Anyway, I spent a few hours there reading this book and some great photography and Photoshop magazines before I was summoned to go buy something for Altec Lansing's birthday. Eventhough I decided earlier that I wouldn't need anything new for coming raya, I changed my mind anyway. I just wanted one new top to match with whatever I already have.

Yes, I am aware it's not really purple. Tapi gamba ni tipu, it's not really THAT hot pink. More like magenta or fuchsia going towards crimson. Can it!

Yeay my 1st day raya's outfit. Not blinging. Memang taklah aku nak cuba compete dengan Kelantanese girls and makciks during raya. Whoa whoa tudung dan selendang pusing-pusing sana-sini atas bawah semat pin sampai 5 sekaligus, layered and comes with shiny bling-blings whoa mata aku takleh bukak whoaaahh. Whoa baju kurung ke tu? Apsal dia ada ropol-ropol sampai macam tu wow! Eh banyaknya rantai dia tak sakit leher ke kak? Whoa bulan Ramadhan mata kau hitam ni tetiba nampak anak bulan Syawal je dia transform jadi biru eh? WHOA~ Macam pergi wedding kat hotel. There is aesthetics, and there is such a thing called over the top.

Else than that, mana tak merudum sekejap self-esteem kalau jumpa this side, all putih-putih, comey lote, pretty, demure and skinny. Seb baik la aku comel dan exotic. Wakakakaaa. Oh and yeaaah dah lama tak main bunga api and mercun sampai sakit tekak dek asap.

Hey, I wonder if we can send mercun to Aussie?

Argh random sungguh. My head's all over the place. Maybe lepas ni kena jalan-jalan lagi. Dah mula rasa drained again.


Drive by shooting





I love them electrical pylons.

Aite, picture time. Muhibbah Seafood Restaurant, TTDI. Majlis berbuka in conjunction with Miss Altec Lansing's 23rd birthday.

Couple #1 bersuap-suapan

Couple #2 ada yang merajuk ada yang gedik

Couple #3 buat-buat comel

Having a hilarious fit kerana kesengalan Altec Lansing dan bf

Miss Altec Lansing and her birthday cake

The ex-housemates
L-R: Milana, Misae, Batchick, Altec Lansing, Pourpres, Kambenk Sepet

Tuesday, September 23, 2008

Sometimes I picture all your fingers, sometimes they're crawling down my spine

Tag. Aku suka Tag Heuer Diamond Fiction. Siapa nak masuk meminang adik-adik aku, tolong beli jam ini jadi hadiah langkah bendul untuk aku ye. Tapi kalau nak masuk meminang aku, sila beli Diamond Fiction bersertakan Maurice Lacroix Starside Sparkling Date Watch. Sekian terima kasih.

Bagaikan virus yang menular, I was hit by the tag fever too, courtesy of Detektif Remaja Magenta Kindaichi. Awww sho schweet. 15 random facts about me. Kalau ada fakta berulang I would like to apologize in advance, kapasiti memori aku belum diupgrade lagi.

1.
Dari tahun 2001 sehingga 2008, aku sudah tukar pakai 9 atau 10 bijik handphone. Aku memang suwey dengan handphone sebab aku pelupa, careless, dan sengal. Tertinggal di fitting room, dicuri di surau, jatuh dari tingkat 4, mangsa pickpocket di Petaling Street/Pudu, kebiasaannya tertinggal somewhere and menjadi mangsa orang yang tak jujur. Orang-orang begini aku sumpah dia kemalangan dan mati bergelumang dalam tahi mereka sendiri.

2.
Aku suka bau duit baru. Kebiasaan kalau aku baru dihulur duit elaun, atau baru draw duit dari ATM, or dapat duit raya, aku akan hidu dahulu sebelum disimpan. Mak aku marah katanya buruk perangai, tapi I can't help it. Duit yang buruk diterima dari mamak tak akan di hidu ye.

3.
I'm a collector. Okay fine, some would call me hoarder but I call it collecting. I collect chopsticks, keychains, fridge magnets, foreign and old currencies, watches, perfumes and cameras. I will always keep books, mangas, Shell's Ferrari model cars, anime premiums, movie stubs, travel documents, notebooks, sketchbooks and birthday cards.

4.
I get my music from TV series. I watch something, I hear something I like, I'll find it. It's great really, that's how I get stuff like Loquat, Trespassers William, Susie Suh, The Watson Twins, Ryan Adams, Michael Tolcher, Red House Painters, Rilo Kiley, The Postal Service, The Flaming Lips, Bloc Party, The Shins, Interpol, Cary Brothers, Kate Havnevik, American Analog Set, Cat Power, Sia, Explosions in The Sky and Butterfly Boucher. The rest comes from friends like M83, Mogwai, Sigur Ros and The Perishers and a I go to a Mix CD community on LJ for more obscure choices. It's rare that I download a whole album, or care to find out background details of the artistes as to how they look like, or whatever. Because I like the songs, not the people singing it. I don't like assigning a face to a voice I like, it spoils things. Antara faktor I don't frequent Youtube.

5.
Aku rabun jauh. Power contact lenses aku 425 for each eye. And I still have difficulties reading signboards while driving. I sleep with my contact lenses on, I probably have even worn a pair for as long as 3 months without taking them off. One time I drove wearing only 1 contact lens, just in my right eye and scared the shit out of my friend yang jadi passenger when she saw me steering through the traffic at SS 15's roundabout with one hand over an eye.

6.
I'm not scared of heights, but aku sangat sangat gayat dan seriau bila naik flyover tinggi-tinggi, lagi-lagi if the flyovers have sharp turns. Example of flyovers yang boleh buat aku lemah jantung, the one heading to Cyberjaya, the one yang sangat tinggi dari Subang Jaya ke Sunway, the ones heading to UIA, and such. I kept on imagining the car losing control and steered its way through the barriers and flew over it then crashing on the roads below and if this happens, confirm aku mati.

7.
Aku perlu sekurang-kurangnya 30 minit untuk mamai bila bangun tidur, and time tu aku antara dengar tak dengar, ingat tak ingat akan keadaan sekeliling, kalau orang keliling cari pasal memang kena maki. And kebiasaannya time aku sudah mula menjawab soalan orang tu, aku sebenarnya belum sedar lagi, and time tu aku sangat honest. Aku pernah mengangkat telefon, berborak, janji nak berjumpa orang, maki orang, menjawab apakah password laptop aku, dan bercerita tentang mimpi, tapi semua pun aku tak ingat kalau bukan diingatkan oleh orang yang bertanya/mendengar. Bahaya indeed, one time I almost pick up The Bastard's phone, girlfriend dia telefon, and just before I answer it, he realized it and snatched the phone away. Oh well, kantoi juga eventually. Amongst anime people, this condition is called, AB blood type.

8.
Aku suka mandi hujan. Dari dulu sampai sekarang. Baru haritu aku mandi hujan pukul 3 pagi, berbaring di porch pandang langit. Dengan harapan dapat wash away semak-semak dalam hati. Tapi angin terlalu kencang aku pulak tak tahan sejuk. Menggigil sampai sakit gigi. Takpe, lain kali.

9.
I love eating Koko Krunch. Especially for sahur. Dulu lepas SPM, aku duduk rumah, tak bekerja, tidur sampai petang, aku hanya akan bangun makan Koko Krunch before staring at the TV sampai aku tidur semula. Ape point? Walaupun aku tak buat apa, I didn't gain weight sebab I only ate Koko Krunch.

10.
Aku bercakap dengan orang aku akan maintain eye contact. Maka aku jadi sangat pantang orang yang bercakap dengan aku tak maintain eye contact. But I've come to learn that setengah orang are just plain cacat different, doesn't mean they're not interested in the conversation or they're being disrespectful and rude.

11.
I don't have any kind of stat counter di blog aku. I wouldn't know how many hits, dari mana, pukul berapa, guna browser apa, what search terms used, anything lah. I just don't find it necessary to know if people are reading or not. If they want to make their presence known they can just leave a comment kan.

12.
Aku ada bad habit kopek bibir. Luka berdarah-darah pun aku masih akan kopek selagi aku tak rase licin and free from dried bits. Rasa darah sendiri adalah sangat sedap by the way. Kalau dah luka berdarah, aku akan tekapkan dengan tomato sejuk dan enjoy the pain that shoots up sambil gigit tomato sejuk yang masam itu. Yes, I am aware of my masochistic side. Aku suka direnjat oleh that stupid pen yang digunakan to play pranks on people juga.

13.
I have this crazy fear of rejection. Sebab tu tak pernah job hunting, or admit suka anybody. If I like anybody, I'll just kill the feeling. And most of the times the fear is rational. Sometimes it works out okay. Jobs come to me. Men come to me. But I know I've gotta change that soon.

14.
Waktu muda-muda dulu I tell myself aku hanya akan kahwin dengan a chef, who plays drums, and are into cars serta drives like a demon. Kerana aku tak reti masak tapi suka makan, so aku kena kahwin dengan orang yang suka masak. Kerana aku suka drum tapi tak reti main so aku kena kahwin dengan drummer. Kerana I get all hot and bothered when tengok orang main drums dengan hebat turut menjadi faktor. Kerana aku suka fancy pretty cars and kalau laki aku pun kaki kereta maybe dia boleh bagi aku bawak juga. And also cos I get hot and bothered tengok a skilled, fast and sleek driver in action turut menjadi faktor. Dan kerana semua ini jarang sekali wujud in a guy altogether, aku mungkin takkan kahwin anytime soon.

15.
Walaupun aku cepat bosan dan tak suka keadaan menjadi stagnant, aku sangat tak suka benda yang aku gemar stopped being something consistent. I need it to be a constant. Kebiasaannya on food. Like beriani, and nasi ayam mak aku. Kalau mak aku adventurous dan ubah recipe sikit, aku takkan boleh makan. Or Subway Melt. Or Dave's Deli's Saltin Boca.

Sorry, I don't really have the knack to shorten my pieces, kalau mata berpinar and jari sakit, it's Magenta's fault :p I'm tagging Azroy Bin Jeff, Pearlicia, Kambenk Sepet, Fouad Al-Hazred and Her Possumness.

September came too soon

Kalau lah lelaki boleh belajar jadi macam ini, takdelah aku ni jadi orang yang roll my eyes bila orang tanya bila nak kahwin macam tanya aku bila nak dapat kanser. Aku mungkin lagi gatal nak cari calon adalah. Haha.

"my husband really admirer your artwork since he was studied until now."


Ngahahahaha dah lama tak baca benda kelakar. Kalau tak reti nak tulis in English, tulis sajalah dalam BM. Teringat aku tentang a fellow blogger, but itu cerita lain hari.



Kebelakangan ni asyik teringat datuk aku. Tokwan. Maybe sebab nak raya kan. Tapi raya tahun ni balik Klantan. Huhu. Dah lama gila raya tak balik Ipoh. Memanglah raya di Klantan lagi meriah dan rasa macam raya, sebab raya kat Ipoh kan ke macam beraya kat sini juga. Pergi tengok movie, bantai tidur seharian, atau pergi lepak kedai minum or mandi air terjun. Tapi rindu jugak la sepupu belah Kedah, kalau berkumpul ramai-ramai memang best, macam ade sekali ni mereka buat barbecue waktu raya. Dem jeles gila.

Atuk aku ni, orang Negeri Sembilan asalnya. Kahwin, dapat seorang anak, cerai. Kahwin pula dengan nenek aku yang super comel, asalnya dari Kedah, dan buat baby sampai 9 orang. Dulu aku mati-mati ingat atuk aku pun asal-usul Kedah, sebab loghat memang Kedah habis, loghat nogoghi memang haram jadah tadak. Nenek aku dah basuh cukup-cukup. Haha.

Atuk aku ni, bekas polis, garang nak mampus. Jenis garang yang dia jeling/tenung saja, semua macam dah nak terkucil. Selalu yang kami kena marah is bila main bergayut dekat pintu grill that swings out tu. Or bila dia suruh tutup TV tapi bebudak ni tak nak tutup juga, dia just datang cabut suis(yang tinggi position dia), and semua just diam tak terkata. Sebab kalau merengek kena marah lagi. Haha. Tapi dia juga baik dan rajin melayan cucu-cucu yang ramai ni. Kadang-kadang dia biar saja orang nak panjat bahu dia waktu dia duduk santai atas sofa. Or dia jadikan paha dia bantal untuk budak kecil nak tidur sambil dia membaca.

Atuk aku ni, dulu waktu zaman mak aku kecil, agak pandang harta dan pangkat punya jenis. Bila pakcik aku, Uncle #2 nak kahwin dengan pilihan hati dia tak benarkan, sebab yang perempuan tu bukan dari keluarga yang berada. Padahal dah sekufu la tu, atuk aku ni pun family orang susah. Tak lama kemudian Uncle #2 bercalon baru, atuk aku suruh kahwin sebab anak lord la juga minah tu. On the morning of his wedding day, pengantin perempuan dah tunggu, tetamu dah sampai, semua orang kalut. Uncle #2 tak dijumpai. Tetiba polis sampai. Bercakap dengan datuk aku, sejurus kemudian datuk aku tepuk dahi, dan jatuh terjelepuk.

Pakcik aku masuk lokap, kantoi dadah di sebuah kelab malam(lebih popular dengan panggilan disko zaman tu) the night before. Memang la tak jadi kahwin kan. Mesti la malu si pengantin perempuan tu, takkan bapanya si orang kaya nak bagi juga anaknya kahwin dengan si penagih kan. Tuhan bagi cash. Datuk aku dah jadi orang tak pandang harta sangat. Nak kahwin dengan pilihan hati, sila lah. Asalkan kau happy.

Atuk aku ni, zaman mak aku kecil, jenis yang sangat demand tinggi. Makanan kalau tak panas tak mahu makan. Pakaian kalau tak bergosok dia takkan pakai. Sampai seluar dalam pun kena gosok kalau tak, dia commando la gamaknya. Mak aku cerita, nenek aku layan macam atuk aku ni raja. Bertakhta kalau di rumah memang tak perlu buat apa-apa. Lampu padam, nenek aku yang kecil pendek tu yang tukar mentol sendiri. Nenek aku lah yang akan buat tempat sidai baju sendiri. Datuk aku hanya bekerja dan balik memang santai gila semua benda nenek aku uruskan. Superwoman kan.

Beza gila dengan bapak aku. Bapak aku sampai satu time tu, baju kami semua dia yang cuci, sidai dan lipat. Baju dia gosok sendiri, kadang-kadang bapak aku yang masak dinner(which is always spaghetti/linguine bolognese). Kami semua tak reti nak tukar mentol (aku reti tapi takut kena renjat).

Yang ini semuanya dipetik daripada memori mak aku dan Uncle #5, cerita-cerita lama. By the time zaman aku, atuk aku dah tone down. Masih strict dan garang. Especially on education. Setiap kali balik Ipoh, dia bukan tanya khabar sihat ke tidak, dia tanya result last peperiksaan. Kalau tak cemerlang siap ah, memang kena duduk situ dengar dia membebel, kekadang kena marah.

One time, it was apparent that I was annoyed with his nagging, he said, "Aku marah sebab aku sayang hang, kalau tak sayang aku tak marah, tak kisah keputusan hang lagu mana." Oh, macam tu ke. Lerr, mana orang nak tahu. Nasib baik ah juga, sekolah rendah memang cemerlang lah result aku sebab aku takut kena marah. Dia takkan bagi hadiah, dia cuma puji, bagaikan mengingatkan aku that it is my responsibility dapat good results, bukannya sesuatu that needed explicit rewards baru dilakukan.

Dalam 40 lebih sepupu aku, ditakdirkan aku seorang yang lahir tahun 85, maka aktiviti compare brains dengan cousin ini kurang dilaksanakan pada aku compared to others. Chist. Kalau tak memang selalu nama aku disumpah sepupu-sepapat aku.

Atuk aku ni, dia suka main game bangang dengan kami. One example is, dia akan himpunkan kami beramai-ramai and main trivia merepek.

"Siapa cucu aku, angkat tangan angkat kaki."

Semua pun akan jadi lebih kurang macam anjing, on our backs, feet and hands flailing in the air. Ada juga yang gagal mengangkat tangan atau kaki dengan complete.

"Hmpfth, hang cucu Tok hang, bukan cucu aku", dan buat muka konon-konon menyampah. Haha, macam sial je. Tapi kira time tu siapa yang dilabel cucu Tok memang tak cool ah.

Lain-lain game is game menguji memori.

"Kalau hangpa pandai, cucu laki-laki aku ada berapa, cucu perempuan ada berapa? Haa, jawab cepat-cepat, sape tak dapat jawab dia cucu Tok!"

Ha kira la dari Aunty #1 punya anak sampai sampai Aunty #9. Kalau seorang anak hanya 2 orang je ke tak apalah. Ini semua sekurang-kurangnya 4 orang anak.

"Ada berapa cucu sekolah menengah?"

"Ada berapa yang sekolah rendah?"

"Dari hospital sampai sini ada berapa tiang lampu?"

"Siapa tak dapat jawab dia cucu Kelantan/Terengganu/Johor/whichever the other gramps are."

Malam-malam, when all of us bergelimpangan tidur di ruang TV dan ruang tamu, sesekali atuk aku akan tidur di luar juga, because he lets one of my aunts/uncles have the master bedroom bila ramai sangat yang balik Raya sana. It has become a norm, for him to recite ayat Quran as he was going to sleep, half asleep. I remember how we slept bertemankan ayat-ayat Quran, and even though I didn't understand a thing, the sound of it, his voice, in the dead of the cool night, amongst orchestra-like snoring from the mass of bodies on the floor/sofas and occasional sounds of cars driving by, it was one of the few moments in life I remember of being in such extreme peace, a kind of high, feeling safe and content.

Atuk aku ni, dia sangat suka minum kopi. You know, that kampung punya kopi yang pekat lagi best tu. Aku suka betul kalau dia minta nenek aku buat kopi tu. Aku pun dapat tumpang sekaki.

I really miss all that.

Atuk aku ni, perokok tegar. Fakta ini aku ingat hanya samar-samar, kerana dia jarang sekali merokok dalam rumah when we, the grandkids are there. One day, as he was gardening, he fell into the drain outside the house. He hurt his leg. It was swollen like hell, it couldn't get better. I didn't quite understand it back then, something about his liver was already damaged, and his wound couldn't heal because of the damaged liver. The liver damage then became more serious as months go by. When I visited him in the hospital he had looked his best, with unshaved scruffs, his messy white beard and moustache, I think he looked good like that. He had lost some weight but otherwise he seemed okay, the least garang and that was the fondest memory of him, smiling at me, at us in such pride.

Till it finally came the time that the doctor said, it's best that you bring him home, there's nothing more we can do for him.

In his deathbed, he kept on calling for my grandma. Whenever my grandmother's not by his side, he would start crying out, "Chik...chik." My grandmother would come, hold him in her arm as he held her tight in embrace before he calms down again. It hurts me seeing him in pain, lying there not entirely lucid of the people around him. The house was constantly full of people visiting and reciting Yasin, we barely have anywhere to sit at times.

One day, 22nd September 1999, my mom picked me up after school.

"Tokwan dah meninggal tau. Baru tadi Around maghrib."

I just sat still. I didn't cry. I didn't say anything. I wasn't shocked. We knew he was leaving us. But I couldn't even muster "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un". There was no pain, no feeling reacting to the statement, none absolutely.

Until I went to my aunt's place, to where he was. To see him lying there but knowing he's not there. Pale and finally at peace, I finally realized that this was actually happening. He ceased to exist. One of my reason for existence, had simply stopped existing.

I trembled in uneasiness but I wanted to kiss his forehead one last time anyway. I hated it, cos he was cold, and smelt very nice. I didn't want that to be the last feeling imprinted on me of him. He was supposed to be warm, to smell like his usual self, of some aftershave and faint smell of cigarettes. THIS wasn't him.

He had a nice spot under the tree. It was a beautiful, breezy, cloudy day. I don't remember much of that day but me leaning on my elder brother's shoulder, saying goodbye in silence. But I do remember us, the legacy he left behind, laughing and reminiescing afterwards, all the great, garang, hard-assed and funny things my grandfather was. It was funny really, all of us red-eyed, bengkak dan teary but laughing at my uncle and aunties retelling of anecdotes of the old man we call Tokwan.

Al-Fatihah. To Tokwan, and to arwah Khairil Azrul, who died too young, on 17th September 2002.

Saturday, September 20, 2008

Your reckless heart, you know you got it. Into the past, I try to sort it

i.

Cheit, tak berapa lama selepas Magenta buat entry ini, aku kena dengan mak aku lagi. Biasa la ibuku si pengkritik/tukang ukur banding.

"Owwwh, tang nak pi terawih, pening kepala. Nak keluar ni pandai plak pening tu sihat?"

"Tuh ah, pandaikan pening ni, mak. Memula dia buat hal, lepas rilek lelama dia okay."

"Ni nak keluar je, tak boleh ke bulan puasa jangan buat macam bulan lain."

"Tak buat macam bulan lain pun, buat macam bulan puasa lah."

"Mak tengok anak aunty Jiran J10 (bukan nama sebenar) hari-hari je pergi terawih."

Telinga dah mula nak panas. Cukup pantang kalau keluar ayat sebegitu.

"Mak belum tengok anak aunty Jiran K3(bukan nama sebenar), batang hidung tak penah nampak kat surau ha."

"Jangan la compare ngan yang tak elok."

"Tak compare aih, cakap je, at least Pourpres pergi la gak kan? Belum tengok anak orang lain kan."

Lari turun cepat-cepat. Kalau aku himpunkan kisah-kisah jadi anak sulung yang tak pernahnya buat secukupnya, tak pernah diappreciate, boleh buat satu entry yang berpinar mata orang nak baca dan lenguh jari nak scroll. Akan datang lah.


ii.

Kenapa aku awesome?

Siapa kata kau awesome pun?

Diam ah. Aku tahu aku awesome. Aku awesome kerana...


3 pasang kasut/strappies/selipar Nose yang baru.

Harga asal = RM 59.90+RM 59.90+RM 39.90

Duit yang keluar dari poket aku = RM 10+RM 10+RM 10

Macam shopping kat Uptown. Seronot neh. Ngahahahahaha.


iii.

Weekend ini aku terpaksa melepak sama belia lagi. Kemungkinan akan praktis menari sampai 4 pagi lagi dan kemudiannya menjadi mangsa banjir tidur bergelimpangan lagi kerana tidak larat nak ke tingkat 3 lagi. Mati la aku dah lupa semua step nak menari, kena marah la lagi. Harapnya kali ni belia-belia setan yang bagi aku paw rokok datang lagi. Chist baru bercerita pasal bendera, minggu ni aku jadi flag hoister la pula. Tuhan memang bagi cash. Lagi.

Friday, September 19, 2008

For the agony, for the irony, I'd rather know.

Aku pun nak buat post fakta rawak lah. Tapi fakta rawak aku ni harapnya lebih berguna. Dem, suka pulak aku sebut fakta rawak. Macam menarik bunyi dia. faktarawakfaktarawakfaktarawakrawakwakwak

Dateline is not deadline. Kalau kau punya assignment kena hantar by this coming Monday, its deadline is on Monday. Bukan dateline. Okay?

Siapa ingat, in English dulu, kita belajar tentang struktur sesuatu akhbar. Headline itu yang mana, byline tu yang mana, dateline tu yang mana. Dateline refers to the line in an article, dimana sepatutnya dan kebiasaannya it states where and when the article was written, more to where than when cos the date is more frequently omitted.

Example:

KUALA LUMPUR March 27th : People gathered here for what can only be described as a jubilating celebration of...

Like I said, most times, a dateline doesn't even have a date. Pergi ah tengok suratkhabar, mana ada date. But it's still called a dateline.

KOTA KINABALU: They have become the target of intense speculation...

As we can see in broadcast media these days, dateline juga diaplikasikan kepada live news report.

"More details should be released during the press conference scheduled later tonight. Anthony Bourdain, Pourpres News, Beirut."

Deadline pula is tarikh tamat. Aku tahu ramai yang tahu, cuma terconfuse between the two. Nak ingat senang, kalau kau tak hanta by the aforementioned time, maka kau akan mati. Mati. Dead. Deadline. Line dimana kamu akan mati. Boleh?

Ini aku notice, banyak dok oh yang membuat this error. Melana tau. Sampai rasa nak jentik dahi orang-orang ini semua. Tapi jangan risau, yang bijak pandai baca buku hebat-hebat dan pointer tinggi-tinggi pun tetap buat kesilapan ejaan ini. Hey, ada journalist juga buat silap ini tahu?

Alang-alang, it's definition, not defination. Maka bahasa Malaysia equivalent dia, I believe should be, definisi, bukan definasi, but tak tahu la, aku tak ada dictionary BM, so kalau aku salah tolong betulkan.

Yang lain punya error aku tak kisah sangat. Tapi urat dahi aku akan menjelma jika aku lihat deadline disalahejakan sebagai dateline. So now that you know, selamatkanlah dahi kamu daripada dijentik.


Ini pun boleh dikira deadline ke?

Thursday, September 18, 2008

This could be Heaven or this could be Hell

Aku sebenarnya seboleh-boleh tidak mahu menulis tentang politik. Selain dari kerana tidak berminat nak mengunjung kontroversi, aku juga tidak mahu mewujudkan suasana di mana orang melabel aku seperti ini atau seperti itu kerana sesuatu pandangan aku., ataupun menimbulkan jurang antara aku dan orang-orang comel yang membaca repekan aku. Yes, of course, it's also because I am not well-versed in it, aku baca nama-nama tetapi jarang-jarang sekali aku tahu hujung pangkal as to who they are in the political scene. Aku memang payah sikit title-title ni. Kalau aku jumpa sebarang tokoh politik pun aku takkan sedar.

Ye, bab kalau kau tanya, hey, what handphone should I buy if I have the budget of RM 700 to RM 1300, aku boleh jawab. Kalau kau tanya, kau lagi suka Pax Vikedal atau Hopen wardrobe, aku boleh jawab. Kalau kau tanya, apa pendapat kau tentang the Kashmir dispute between India and Pakistan and how best you think we should resolve it, I still probably can answer.

Tetapi, aku nak bersuara, kerana kebelakangan ni aku SUKA baca mamat ni. Lepas sahur tadi aku terlihat lintasan berita ringkas, blogger Syed Azidi Syed Aziz was arrested last night under the Sedition Act. What is this, another crackdown? According to The Star, he was arrested and is under investigations for instigating that Malaysians should fly our flags upside down, symbolising how our nation is in distress. What? That's it? Really meh that is WHY?

Sure, many will agree that it's disrespectful, but he doesn't mean disrespect. Apa yang lagi disrespectful terhadap negara adalah orang yang tidak menjalankan tanggungjawab. The people yang telah mengangkat sumpah terhadap negara, tetapi sedang bersenang-lenang whilst the people they swore to represent are feeling unspoken for.

Kita terlalu taksub with symbols and logos and pictorial representations of what we are. Itu yang marah semuanya dengan tindakan Sheih Kickdefella raising the Malaysian flag upside down. Terlalu literal kita ni. Yeah la, semua kan jiwa puitis halus, lebih senang melabel sesuatu pada perkara-perkara simbolik, untuk menjadi representation sesuatu yang zahir. Sehinggakan yang zahir sebenarnya sudah menuju hancur luluh, tapi bagi mereka tak mengapa, yang penting yang simbolik lagi perlu dijaga. Secara halus yang kita tidak lihat? The disrespect and betrayal dari golongan pemimpin yang supposedly bekerja FOR us, kini telah ditunggang terbalikkan sehingga rakyat yang bekerja for them, for their families, kita lihat tak?

Nak anti aku anti lah, aku memang bukan antara mereka yang patriotik, yang pandang tinggi akan panji-panji kebesaran negara, bagi aku bendera itu hanya sehelai kain yang melabel dan beza-bezakan nation. Adakah ini bermaksud I'm disrespectful towards my home country? Menghina negara? If I put on display a cute little flag sebesar tapak tangan aku, does that mean aku memperkecilkan Malaysia? If I am one of those people yang meletakkan bendera pada hood kereta sehingga hampir hitam bendera itu, adakah aku dikira rakyat yang mencemarkan negara? Bendera di tiang lampu tergantung tidak kukuh, jatuh ke atas jalan dan aku sebagai pemandu hanya mampu menggilis bendera tersebut dengan tayar aku yang memang dah sehitam rambut aku, am I supposed to go, "Shit! Aku telah menggilis negara dengan tayar kereta aku! Damn!"


Ramai yang bersuara mengatakan, daripada buat begini kepada bendera tercinta, baik syorkan kita terbalikkan gamba Pak Lah, sebagai tanda kita semua mahu dia step down. Bendera diterbalikkan itu dibuat dengan laungan, the nation is in distress. Terbalikkan gamba Pak Lah? Orang tua itu bukan in distress. Dia, suku-sakat dia, kroni makaroni dia; banyak duit, kaya-raya, tak reti malu, manade in distress?

Again, sebelum ada yang nak go all emo, an upside down flag is a sign that the nation is in distress. Kekacauan, huru-hara, anarki. Ya, Malaysia tidak se-distressed negara-negara yang sedang berperang, countries in famine and plagues, economy in shambles, tapi yang semua nak mengamuk over bendera dia nak terbalikkan ni awatnya? Itu cara dia melaungkan protes, kau nak cara lain buat la cara lain, tak perlu kata yang dia ni jahat kerana konon-kononnya ini suatu penghinaan kepada negara.

Apa makna bendera tu tegak berkibar sekalipun if we're in this current state? Penyalahgunaankuasa and corruption are rampant, basic human rights are being violated left and right, undang-undang are only to be enforced towards certain people, and are free to be ignored by other certain people, inflation on the rise, cost of living is getting higher not intercorrelating well with the level of income, education is still sub par, too many are still not able to school their children, and the biggest issue yang orang kita risaukan hanyalah Malay Supremacy dan bendera terbalik? Apakah?

Menurut kata Encik Wikipedia mengenai Sedition Act; the act criminalises speech with "seditious tendency", including that which would "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against" the government or engender "feelings of ill-will and hostility between different races".

So I'm sure this falls under "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the government." Sebengap-bengap aku, I remember a certain somebody who definitely did "engender feelings of ill-will and hostility between different races" dengan racist remark dia (Aku takkan gunakan beliau jika aku tidak rasa perlu). I also recall another certain somebody yang offended many just by a flagging a keris, but heck, kita kan di Malaysia, Malay supremacy adalah antara hak yang terjaga in the Constitution. Kita tak boleh kacau. Dia nak offend and engender feelings of ill-will and hostility between different races tak apa sebab dia ultra-man. So saya yang super bengap ni nak tanya lah ya, adakah mereka ni ditahan under Sedition Act? Dimanakah mereka rasa-rasanya?

“Di dalam peperangan, kita masih menganggungkan betapa hebatnya tukang bawak bendera berjaya mempertahankan panji-panji kita megah berdiri di medan peperangan dan bukannya betapa hebatnya pandekar-pendekar kita berlumuran darah mempertahankan nyawa anak bangsa dari menjadi korban.”

Kamu tahu kamu semua ni bagaikan apa bagi aku? Kamu bagaikan bapa yang marah melenting mengamuk nak bunuh orang apabila kain anak dara kamu diselak tapi buat bodoh sahaja apabila anak kamu itu telah dirogol.

I wish the best for this dude, cos he is witty, funny, not conventional, but who's to say unconventional is morally corrupt? And aku nak my reading materials back bitches!

Ini semua pendapat aku, yang ilmu pengetahuan serba cetek. I'm no journalist. I'm entitled to my own opinion. Bersuara adalah digalakkan, tapi sila bersuara elok-elok dan sopan sebab aku ni senang terguris. Ecey. Susun ayat sebelum dimuntahkan. Kalau nak go on a ravaging bitching mode, hangpa bukak blog sendiri dan have your kicks there. Aku bukan editor majalah yang rasa aku perlu memuaskan semua pihak so kalau aku nak delete sebarang komen, ikut la suka hati wa. I'll leave you with a funny one, an excerpt of konon-konon he interviewed diri sendiri entry in his blog.

"So you think there are better politicians than Pak Lah?
I think Mokhtar Dahari deserved a Tan Sri-ship more than Pak Lah deserved a ride in our Perdana V6 with Gearbox Rosak. I think Pak Lah needs a Kancil. At least the Kancil is known to be brainy."

Cute what this guy. Hehe.



Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008