Hey you, where the hell were you the day they were handing out brains?
Agung? Benar. Memang. Mungkin.
Tapi aku dahulu masih naif. Suatu masa dahulu. Tetapi apa yang kau berikan padaku itu, adakah kau betul-betul rasa ia layak dinobatkan agung? Dan juga kalau dah pukulan ketiga, aku masih mendamba dan mempertahankan sesuatu yang kau sendiri tidak erti, tidakkah itu bermaksud aku juga masih naif? Kerana kau hakim, kau juri, kaulah juga penjatuh hukuman kepada jasad yang bukan kau cipta dari tanah ini, kepada jiwa yang bukan KAU hembuskan. Bukan begitu?
Sesetengah orang perlu menjatuhkan orang lain hanya untuk tidak terima hakikat diri mereka yang sangat kekurangan. Sesetengah orang tertarik dengan orang yang dirasanya seorang yang bukan mangsa percaturan hidup. Tapi masih mereka, yang kau boleh rasa; kau di tingkat lebih tinggi. Tapi kerana aturcara itulah, mereka dan kau serupa sebenarnya. Aku simpati delusi mu itu. Mesti kau mampu tidur nyenyak kerana ini bukan?
Kita tidak boleh bersahabat dengan Tuhan. Bukan tempat kita. Kita hamba yang tidak sedar diri. Dan aku juga tidak boleh bersahabat dengan orang yang lagaknya bagai Tuhan. Tsk tsk. Akal baru sejengkal babe. Nanti aku belikan cermin ya? Buku tatabahasa mungkin? Alang-alang, kamus juga. Kalau aku mampu, memang aku sertakan Appeton Weight Gain dan produk penjagaan muka yang profesional. Aduh maaf aku tidak mampu membantu. Tetapi aku benar-benar berterima kasih.

Education is the ability to listen to almost anything without losing your temper or your self-confidence.
-Robert Frost-
Dumb blondes dan pushovers pun ada berkriteria begitu. Tapi masih good advice untuk diaplikasi pada sesetengah, if not most perkara. In reinventing myself, I'm trying to practice this.
Isk isk. Why so serious? Hehe. Kerana ini kali terakhir kewujudan kau mampu mengocak tenang ini. Cukup tiga.
0 comments:
Post a Comment