Thursday, July 31, 2008

You, appearing

Summer Days by DeadlyKunai194


Sesekali aku hanya perlu udara
yang memberiku nafas,
Dan tempat untukku
sandarkan kepala
yang memberati,
Serta hujan yang renyai
di atas jeti,
Juga lagu yang sayup
dari dasar sungai,
Dan diakhir sore itu
hanya setepis tangan
yang menyepi wajahku
dari tempias.

Biarlah udara itu
Diharumi semerbak leher kau
Biarlah tempat itu
Berupa pahamu yang suam
Biarlah titisan itu berkaca
di hujung kakiku yang luka
Biarlah lagu itu berkisar tentang
unggun api yang sugul
Biarlah teduhan itu
hanya pengasing
kita dan mereka
Bertemankan jemarimu yang alpa
Mengusutkan rambutku

Kerana esok, aku akan lupa
dan tidak mahu kembali padamu,
Maka hanya ini memori
yang ku mau tertanam dibenakmu.

Kerana aku mungkin
akan perlu peringatan
Akan sesekali
Hanya sedetik sempurna
yang aku perlu

0 comments:

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008