Thursday, July 24, 2008

In this day and age the world becomes too noisy with conflicting opinions, you just listen to One.


Aku sudah terlalu kucar-kacir, hilang punca, tidak tahu apa lagi yang patut aku percaya. Sedang aku sesat dalam air mata aku, dengan sistem kepercayaan aku yang selama ini kian hancur luluh, berserta dengan dalam keadaan yang terlalu keliru, aku bertanya sendirian, apa lagi yang boleh aku percaya? Tiba-tiba sahaja, epiphany. Bagai ada yang sedang bersuara padaku menjawab soalanku. Katanya, kau percaya pada Tuhan. Sekaligus aku rasa bagai segala-galanya mula make sense again. Dan dalam keadaan tidak cukup lucidku itu, tiba-tiba aku bersuara seorangan, setelah berapa lama hidup dalam ketidakpastian, percanggahan perspektif serta dunia di mana faktoid dipanggil fakta dan vice versa, aku luahkan dengan pasti, walaupun suaraku menggeletar kerana teringatkan dosa-dosaku, betapa tidak layaknya aku berkata ini;
  • Percaya pada Allah
  • Percaya pada Malaikat
  • Percaya pada Nabi dan Rasul
  • Percaya pada Al-Quran
  • Percaya pada Hari Kiamat
  • Percaya pada Qada' dan Qadar
23 tahun baru aku boleh applikasikan konsep Qulhuallahuahad. Hanya Yang Satu itu, yang pendapatnya aku patut hiraukan. Dengan begitu sahaja, utmost clarity hit me. Buat kali keberapanya aku cuba tenangkan hati dengan ayat-ayatmu, daripada sebilah pisau. Buat kali pertamanya, aku berjaya. Alhamdulillah.

Talk about losing your life in order to find it.

0 comments:

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008