Thursday, September 18, 2008

This could be Heaven or this could be Hell

Aku sebenarnya seboleh-boleh tidak mahu menulis tentang politik. Selain dari kerana tidak berminat nak mengunjung kontroversi, aku juga tidak mahu mewujudkan suasana di mana orang melabel aku seperti ini atau seperti itu kerana sesuatu pandangan aku., ataupun menimbulkan jurang antara aku dan orang-orang comel yang membaca repekan aku. Yes, of course, it's also because I am not well-versed in it, aku baca nama-nama tetapi jarang-jarang sekali aku tahu hujung pangkal as to who they are in the political scene. Aku memang payah sikit title-title ni. Kalau aku jumpa sebarang tokoh politik pun aku takkan sedar.

Ye, bab kalau kau tanya, hey, what handphone should I buy if I have the budget of RM 700 to RM 1300, aku boleh jawab. Kalau kau tanya, kau lagi suka Pax Vikedal atau Hopen wardrobe, aku boleh jawab. Kalau kau tanya, apa pendapat kau tentang the Kashmir dispute between India and Pakistan and how best you think we should resolve it, I still probably can answer.

Tetapi, aku nak bersuara, kerana kebelakangan ni aku SUKA baca mamat ni. Lepas sahur tadi aku terlihat lintasan berita ringkas, blogger Syed Azidi Syed Aziz was arrested last night under the Sedition Act. What is this, another crackdown? According to The Star, he was arrested and is under investigations for instigating that Malaysians should fly our flags upside down, symbolising how our nation is in distress. What? That's it? Really meh that is WHY?

Sure, many will agree that it's disrespectful, but he doesn't mean disrespect. Apa yang lagi disrespectful terhadap negara adalah orang yang tidak menjalankan tanggungjawab. The people yang telah mengangkat sumpah terhadap negara, tetapi sedang bersenang-lenang whilst the people they swore to represent are feeling unspoken for.

Kita terlalu taksub with symbols and logos and pictorial representations of what we are. Itu yang marah semuanya dengan tindakan Sheih Kickdefella raising the Malaysian flag upside down. Terlalu literal kita ni. Yeah la, semua kan jiwa puitis halus, lebih senang melabel sesuatu pada perkara-perkara simbolik, untuk menjadi representation sesuatu yang zahir. Sehinggakan yang zahir sebenarnya sudah menuju hancur luluh, tapi bagi mereka tak mengapa, yang penting yang simbolik lagi perlu dijaga. Secara halus yang kita tidak lihat? The disrespect and betrayal dari golongan pemimpin yang supposedly bekerja FOR us, kini telah ditunggang terbalikkan sehingga rakyat yang bekerja for them, for their families, kita lihat tak?

Nak anti aku anti lah, aku memang bukan antara mereka yang patriotik, yang pandang tinggi akan panji-panji kebesaran negara, bagi aku bendera itu hanya sehelai kain yang melabel dan beza-bezakan nation. Adakah ini bermaksud I'm disrespectful towards my home country? Menghina negara? If I put on display a cute little flag sebesar tapak tangan aku, does that mean aku memperkecilkan Malaysia? If I am one of those people yang meletakkan bendera pada hood kereta sehingga hampir hitam bendera itu, adakah aku dikira rakyat yang mencemarkan negara? Bendera di tiang lampu tergantung tidak kukuh, jatuh ke atas jalan dan aku sebagai pemandu hanya mampu menggilis bendera tersebut dengan tayar aku yang memang dah sehitam rambut aku, am I supposed to go, "Shit! Aku telah menggilis negara dengan tayar kereta aku! Damn!"


Ramai yang bersuara mengatakan, daripada buat begini kepada bendera tercinta, baik syorkan kita terbalikkan gamba Pak Lah, sebagai tanda kita semua mahu dia step down. Bendera diterbalikkan itu dibuat dengan laungan, the nation is in distress. Terbalikkan gamba Pak Lah? Orang tua itu bukan in distress. Dia, suku-sakat dia, kroni makaroni dia; banyak duit, kaya-raya, tak reti malu, manade in distress?

Again, sebelum ada yang nak go all emo, an upside down flag is a sign that the nation is in distress. Kekacauan, huru-hara, anarki. Ya, Malaysia tidak se-distressed negara-negara yang sedang berperang, countries in famine and plagues, economy in shambles, tapi yang semua nak mengamuk over bendera dia nak terbalikkan ni awatnya? Itu cara dia melaungkan protes, kau nak cara lain buat la cara lain, tak perlu kata yang dia ni jahat kerana konon-kononnya ini suatu penghinaan kepada negara.

Apa makna bendera tu tegak berkibar sekalipun if we're in this current state? Penyalahgunaankuasa and corruption are rampant, basic human rights are being violated left and right, undang-undang are only to be enforced towards certain people, and are free to be ignored by other certain people, inflation on the rise, cost of living is getting higher not intercorrelating well with the level of income, education is still sub par, too many are still not able to school their children, and the biggest issue yang orang kita risaukan hanyalah Malay Supremacy dan bendera terbalik? Apakah?

Menurut kata Encik Wikipedia mengenai Sedition Act; the act criminalises speech with "seditious tendency", including that which would "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against" the government or engender "feelings of ill-will and hostility between different races".

So I'm sure this falls under "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against the government." Sebengap-bengap aku, I remember a certain somebody who definitely did "engender feelings of ill-will and hostility between different races" dengan racist remark dia (Aku takkan gunakan beliau jika aku tidak rasa perlu). I also recall another certain somebody yang offended many just by a flagging a keris, but heck, kita kan di Malaysia, Malay supremacy adalah antara hak yang terjaga in the Constitution. Kita tak boleh kacau. Dia nak offend and engender feelings of ill-will and hostility between different races tak apa sebab dia ultra-man. So saya yang super bengap ni nak tanya lah ya, adakah mereka ni ditahan under Sedition Act? Dimanakah mereka rasa-rasanya?

“Di dalam peperangan, kita masih menganggungkan betapa hebatnya tukang bawak bendera berjaya mempertahankan panji-panji kita megah berdiri di medan peperangan dan bukannya betapa hebatnya pandekar-pendekar kita berlumuran darah mempertahankan nyawa anak bangsa dari menjadi korban.”

Kamu tahu kamu semua ni bagaikan apa bagi aku? Kamu bagaikan bapa yang marah melenting mengamuk nak bunuh orang apabila kain anak dara kamu diselak tapi buat bodoh sahaja apabila anak kamu itu telah dirogol.

I wish the best for this dude, cos he is witty, funny, not conventional, but who's to say unconventional is morally corrupt? And aku nak my reading materials back bitches!

Ini semua pendapat aku, yang ilmu pengetahuan serba cetek. I'm no journalist. I'm entitled to my own opinion. Bersuara adalah digalakkan, tapi sila bersuara elok-elok dan sopan sebab aku ni senang terguris. Ecey. Susun ayat sebelum dimuntahkan. Kalau nak go on a ravaging bitching mode, hangpa bukak blog sendiri dan have your kicks there. Aku bukan editor majalah yang rasa aku perlu memuaskan semua pihak so kalau aku nak delete sebarang komen, ikut la suka hati wa. I'll leave you with a funny one, an excerpt of konon-konon he interviewed diri sendiri entry in his blog.

"So you think there are better politicians than Pak Lah?
I think Mokhtar Dahari deserved a Tan Sri-ship more than Pak Lah deserved a ride in our Perdana V6 with Gearbox Rosak. I think Pak Lah needs a Kancil. At least the Kancil is known to be brainy."

Cute what this guy. Hehe.



6 comments:

Anonymous

most of the things u tulis, u dah ckp kat i semlm. hahaha.

47

haaaaa! i'm gonna report this post of yours kat the nearest police stn :P

Sleep Monger

ha-ha! politik kalau lebih2, nanti jadi pening dan marah.

lagipun, ramai je yang tak peduli langsung, lebih senang ddengan artsy fartsy world.

*fart*

Pourpres~

polar bear: like a broken record huh? :p

47: shit. sepatutnya jadi anonymous macam u baru slamat. Dem yuhhhh! hahaha

double patties: tau takpe. so baik jadi fatty fartsy je.

*farts guna tangan kat ketiak*

Anonymous

hehe tuhle. ape kata pasni u buat voice recording plak. haha.

Pourpres~

haha. tak boleh, suara I terlalu sexxay :p

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008