Saturday, September 20, 2008

Your reckless heart, you know you got it. Into the past, I try to sort it

i.

Cheit, tak berapa lama selepas Magenta buat entry ini, aku kena dengan mak aku lagi. Biasa la ibuku si pengkritik/tukang ukur banding.

"Owwwh, tang nak pi terawih, pening kepala. Nak keluar ni pandai plak pening tu sihat?"

"Tuh ah, pandaikan pening ni, mak. Memula dia buat hal, lepas rilek lelama dia okay."

"Ni nak keluar je, tak boleh ke bulan puasa jangan buat macam bulan lain."

"Tak buat macam bulan lain pun, buat macam bulan puasa lah."

"Mak tengok anak aunty Jiran J10 (bukan nama sebenar) hari-hari je pergi terawih."

Telinga dah mula nak panas. Cukup pantang kalau keluar ayat sebegitu.

"Mak belum tengok anak aunty Jiran K3(bukan nama sebenar), batang hidung tak penah nampak kat surau ha."

"Jangan la compare ngan yang tak elok."

"Tak compare aih, cakap je, at least Pourpres pergi la gak kan? Belum tengok anak orang lain kan."

Lari turun cepat-cepat. Kalau aku himpunkan kisah-kisah jadi anak sulung yang tak pernahnya buat secukupnya, tak pernah diappreciate, boleh buat satu entry yang berpinar mata orang nak baca dan lenguh jari nak scroll. Akan datang lah.


ii.

Kenapa aku awesome?

Siapa kata kau awesome pun?

Diam ah. Aku tahu aku awesome. Aku awesome kerana...


3 pasang kasut/strappies/selipar Nose yang baru.

Harga asal = RM 59.90+RM 59.90+RM 39.90

Duit yang keluar dari poket aku = RM 10+RM 10+RM 10

Macam shopping kat Uptown. Seronot neh. Ngahahahahaha.


iii.

Weekend ini aku terpaksa melepak sama belia lagi. Kemungkinan akan praktis menari sampai 4 pagi lagi dan kemudiannya menjadi mangsa banjir tidur bergelimpangan lagi kerana tidak larat nak ke tingkat 3 lagi. Mati la aku dah lupa semua step nak menari, kena marah la lagi. Harapnya kali ni belia-belia setan yang bagi aku paw rokok datang lagi. Chist baru bercerita pasal bendera, minggu ni aku jadi flag hoister la pula. Tuhan memang bagi cash. Lagi.

6 comments:

Anonymous

eh the shoes lawa ah. kire mmg good deal 1 for 10 bucks. lucky u. hehe.

Firdauz takes five

kenapa cute sangat entry ni

Hi there!

terjumpa link ke blog ini, ntah buat kali ke berapa ntah.

selalu sangat jumpa link ke blog blog yang menarik, baca baca baca, pastu lupa link

haih.

the Constantly Dramatic One

The second pair rocks woman. Actually they all do. RM10?!! Gila lah.

Also. I'm ossum.

Ahem.

Anonymous

i pun pegi and bought one shoe and 1 selipa ipanema. woopeedooo. best gila terasa kaya gila shopping begitu kan. heh

-kambenk sepet (bkn nama sebenar)

Pourpres~

Polar Bear: Lucky me ada orang yang alert tentang warehouse sales. thanx :D :p

Firdauz: Cute? Well, what can I say. *kembang kronik* Haha.

Hi. Samalah, till now I'm trying to retrace balik this one artsy blog I read yang I forgot to bookmark. Damn.

TCDO: The second one is my fav. It kinda hurts to wear tapi nak jugak!

Also. I'm awesome. You're ossum possum.

Hahahaha

kambenk sepet: Ade ipanema mehhhhhh. Dem x nampak pun. Hak ah. Best gila dpt bargain. I ke Topshop juga that day. Students Lock-In(menyamar student). 2 tank tops Rm 39, macam buy 1 free 1. Hehehe

emofest

booooo...dah besar panjang pun kena marah lg..boooo...haha

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008