Saturday, August 16, 2008

I don’t put a smile upon your face no more


Maybe I was too loud
Maybe I was too bad
Maybe I was too open
Maybe I was too high
Maybe I was too fast
Maybe I was too close

Maybe I am still all that.

Aku sudah tidak boleh membaca manga shoujo seperti dahulu. Suatu masa dahulu hiburan ringan yang kelakar, malam ini ia menggelakkan aku.

Tetiba, tidur itu out of the question. Repressed memories kembali. Budak hitam. Budak hitam. Budak hitam. Growing up menjadi antara top students setiap tahun. Ibu kawanku akan memarahi anak mereka, dengan membandingkan keputusan aku dan mereka. Akhirnya aku yang dibenci anak-anak mereka. Mengayuh basikal di tengahari yang panas, menghantar satu persatu beg sekolah 'rakan-rakanku' ke rumah-rumah mereka, sedang mereka pergi berseronok tanpa aku. Balik rumah dimarahi mak, dahulu aku rasa pelik kerana dimarahi sebab menolong kawan-kawan. Petang-petang budak-budak yang lain berkejaran di padang, aku panjat sebatang pokok dan membaca, dan akhirnya apabila aku turun pokok, my slippers were already stolen and thrown into a nearby garbage bin. Wow, primary school was such fun. No wait. Selipar disorok dan dibuang ini happened up till I was 15. One of my good friends now were the one who would hurl his shoes at me if I don't do as he says, in primary school. :)

Being a teenager was even better. Si hitam. Berkaca mata orang tua, and braces for a year. Growing up fat and ugly surrounded by stick thin beautiful friends for all the other years. Siapa kisah result aku macam mana pun? I mope over this? Not really. I retell these stories laughing. Because it is really damn funny.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Cubaan kedua untuk tidur tetap tidak berjaya. Tetiba teringatkan The Bastard. Suatu masa dia mencampak hempas botol Coca Cola kerana aku tak melayannya. Digigit dan dicubit sampai lebam-lebam dan kulit terkupas sehingga berdarah. Geram katanya. Ditampar sehingga kebas atas alasan gurauan. Ditumbuk di tulang rusuk sehingga senak semalaman, kerana aku usik-usik telinganya. Ditumbuk kakiku kerana aku acah-acah mahu menendang. Ditumbuk dadaku, ditonyoh kepalaku kerana aku bergurau kasar di tempat kerjanya. Disepak buku laliku kerana satu gurauan yang went overboard, sehingga aku tempang seminggu. Satu incident, dia genggam jari-jariku together till I can't hold the pen properly for 4 days or light up the cigarette. Terketar-ketar aku pegang rokok, aku katakan because I smoke too much.

It's not a big deal kerana aku juga seorang yang kasar. Tetapi melihatkan reaksi-reaksi chuak sesetengah kawan-kawan apabila mereka tahu lebam di kaki dan tangan aku bersebabkan sedemikian, aku akan cuba terangkan yang kami memang bergurau kasar, walaupun kebiasaannya I would be the one ended up in tears. Dan kebiasaannya, dia juga yang mengurut sengal-sengal dan lebam-lebam sehingga baik. Dia juga yang mencium kelopak mata aku apabila aku menangis kesakitan, as well as apologizing profusely for his mistimed, misbudgeted, misaimed beatings, each time it happened.

Lagipun, aku dah biasa, membesar dengan orang-orang yang bergurau kasar seperti pakcik-pakcik, sepupu, abang aku, dan ditambah lagi training dari si kaki-kaki buli zaman sekolah, dan permainan-permainan kasar aku di padang. I comfort myself thinking that he didn't mean it. It was an accident. I deserve it mungkin. Aku yang cari pasal pun. Cuma, aku akan kecil hati dengan The Bastard kerana sekali-sekala, aku rasa dipukul, tendang, sepak bagaikan dia lupa yang aku ini perempuan, tak sekuat lelaki boleh terima semua itu.

It is a damn funny story huh. Lagi-lagi kelakar, when I remember, at times he was all I had. Because he was the one who would stand the real me, not the facade I put up for family and friends. Dia yang sudah nampak segala buruk cacat hinanya aku dan tetap tidak melarikan diri, well, till now. Padan muka. Padan muka. Padan muka.

Hilarious yeah? You can roll on the floor and laugh now.

Maybe I was too proud
Maybe I was too hopeful
Maybe I was too needing
Maybe I was too crazy
Maybe I was too long
Maybe I was too giving

Maybe I am still all that, I understand why you would want to run off as far as you can.




0 comments:

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008