Weaving Song
Gali-gali korek-korek mencari syiling
Ibu kata pari-pari datang jual ubat
pari busuk tak suka wang kertas
syiling lebih sedap dilempar
Pari nakal jentik telinga aku
'Aku tak mahu syiling Malaysia!'
Ewah, memilih pula dia
'Harus sekali, nanti kau pun mahu pilih ubat kan?'
aku tenung syiling kegemaran
syiling lama dari China
warna tembaga berukiran kanji
berlubang segi empat di tengah-tengah
Nah, syiling kegemaran aku
pari-pari bodoh dan hodoh!
mengilai saja dia bagaikan the Grinch
ubat aku semestinya barang baik!
Wahai si kara yang lara
Harta kau sudah terserah
Hidup kau bagaikan sempurna
Apa lagi ubat kau mahu?
Wahai pari yang buta matanya
yang sempurna itu hanya bermuka
yang berharta itu hanya sementara
biar ubat itu menjadi racun, perisa madu ya
Racun membunuh si ular tedung
Racun mengubat seorang Sylvia
Racun melupa dunia yang fana
Racun membirukan mata hitamku
Kau faham ubat apa yang patut kau beri?
Wahai pari yang jijik
wahai pacal yang hina
aku rasa, aku perlu pulangkan
syiling agung engkau ini dahulu
kerna ubat itu sudah habis stok.
Ibu kata pari-pari datang jual ubat
pari busuk tak suka wang kertas
syiling lebih sedap dilempar
Pari nakal jentik telinga aku
'Aku tak mahu syiling Malaysia!'
Ewah, memilih pula dia
'Harus sekali, nanti kau pun mahu pilih ubat kan?'
aku tenung syiling kegemaran
syiling lama dari China
warna tembaga berukiran kanji
berlubang segi empat di tengah-tengah
Nah, syiling kegemaran aku
pari-pari bodoh dan hodoh!
mengilai saja dia bagaikan the Grinch
ubat aku semestinya barang baik!
Wahai si kara yang lara
Harta kau sudah terserah
Hidup kau bagaikan sempurna
Apa lagi ubat kau mahu?
Wahai pari yang buta matanya
yang sempurna itu hanya bermuka
yang berharta itu hanya sementara
biar ubat itu menjadi racun, perisa madu ya
Racun membunuh si ular tedung
Racun mengubat seorang Sylvia
Racun melupa dunia yang fana
Racun membirukan mata hitamku
Kau faham ubat apa yang patut kau beri?
Wahai pari yang jijik
wahai pacal yang hina
aku rasa, aku perlu pulangkan
syiling agung engkau ini dahulu
kerna ubat itu sudah habis stok.
2 comments:
punggah tu style
heh :"> makasih!
hari tu nak edit jadi pungkoq.
tapi x ada fotosop :p
Post a Comment