You dropped a coin into the sea, and shout out "Please come back to me..."
Bila malam tiba kukatup bukumu
Yang berpuitiskan coretan si dia yang rapuh
Aku suakan dan kau geleng,
Simpan saja senak itu
Jejak si dia bukan di kertas putih
Tapi terpena di lubuk hitam
Blergh.
Dan kau panggil dirimu lelaki?
Lantas kau hulurkan kembali
Cincin si dia
Yang telah aku kuburkan
Aku terpana aku terkesima
Bagai darahku dibawa ribut
Jantungku lupa rentak
Lututku kata gugur saja!
"Kau dalami tasik, untuk sampah ini?"
"Kerna dahulu ia harta hati kau?"
Aku mahu peluk, kucup dan cium
Aku juga mahu tampar, menjerit dan memaki
Kerana kau tetiba dungu
Dia sudah mati
dan kau tiada jiwa lagi
Tiada makna, tak berbaloi
Dan si buku menemani si cincin
Bersamalah kamu yang ranap
Di dasar tasik yang malap
Hati melewat yang dungu
Hati cuba memilih
antara kucupan dan tamparan
Kerana kecamuk ini perlukan daratan
Dan seperti yang sepatutnya
Tangan aku ringan.
Mahu tahu mengapa?
Kerna kau bersangkal sangka
Melesi hati mengeji erti
Menaruh diri di tingkat tinggi
Aku akan simpati
kalau bukan kerna tawar hati.
Yang berpuitiskan coretan si dia yang rapuh
Aku suakan dan kau geleng,
Simpan saja senak itu
Jejak si dia bukan di kertas putih
Tapi terpena di lubuk hitam
Blergh.
Dan kau panggil dirimu lelaki?
Lantas kau hulurkan kembali
Cincin si dia
Yang telah aku kuburkan
Aku terpana aku terkesima
Bagai darahku dibawa ribut
Jantungku lupa rentak
Lututku kata gugur saja!
"Kau dalami tasik, untuk sampah ini?"
"Kerna dahulu ia harta hati kau?"
Aku mahu peluk, kucup dan cium
Aku juga mahu tampar, menjerit dan memaki
Kerana kau tetiba dungu
Dia sudah mati
dan kau tiada jiwa lagi
Tiada makna, tak berbaloi
Dan si buku menemani si cincin
Bersamalah kamu yang ranap
Di dasar tasik yang malap
Hati melewat yang dungu
Hati cuba memilih
antara kucupan dan tamparan
Kerana kecamuk ini perlukan daratan
Dan seperti yang sepatutnya
Tangan aku ringan.
Mahu tahu mengapa?
Kerna kau bersangkal sangka
Melesi hati mengeji erti
Menaruh diri di tingkat tinggi
Aku akan simpati
kalau bukan kerna tawar hati.
2 comments:
puisi kamu?
siapa lagi?
Post a Comment